Rabu, 12 Disember 2012

ADAKAH CINTAMU SEKADAR MENITI DIBIBIR


                                 Saya cintakan awak kerana Allah !

Assalamu'laikum..

“Uhibbbukifillah, I love you because of Allah, Saya sayangkan awk kerana Allah, Saranghaeyo because of Allah..”

Kata-kata di atas merupakan pernyataan menunjukkan seorang hamba mencintai hamba kerana Allah. Indahnya. ^^

Namun, bagi saya ucapan ini perlu ditunjukkan dengan lebih mendalam. Perkataan ini perlu diselami dengan lebih mendalam. Kerana ? kerana kita mensabitkan Allah dalam ucapan itu. Jadi, suka untuk saya berkongsi definisi cinta yang dinyatakan oleh saudara Hilal Asyraf tentang cinta. Iaitu, “kalau cinta mesti hendak ke syurga”. Ya, kalau kita benar cinta padanya sudah semestinya kita hendak ke syurga bersamanya. Mudah bukan ? Renung-renungkan ^^

Akan tetapi, tidak bermaksud bahawa tidak boleh berkata “saya cintakan awak kerana Allah”, kerana merasakan diri tidak layak kerana tidak pernah berusaha atau kurang usaha untuk mengajaknya mencari reda Allah. Ucapkanlah saja perkataan ini tetapi iringilah ia dengan usaha. Usaha membawa dia yang kamu cintai kerana Allah mencari reda Allah dan menggapai syurga Allah. Maka usahalah.

#Kepada yang tidak pernah atau segan untuk mengucapkan kata-kata cinta kepada sahabat anda, maka belajar-belajarlah untuk mengucapkan ia. Semoga ia lebih mengeratkan hubungan prsahabatan. Insyaallah.

Untuk kita ucapkan sesuatu memang senang. Ya, senang. Namun sejauh mana kita buat atau beramal dengan apa yang kita ucapkan itu muhasabah diri. Tidak mustahil merealisasikan sesuatu asalakan tidak bertentengan dengan syarak.

# muslimah ucapkan kepada muslimah. Muslimin ucapkan kepada muslimin.
Kalau nak ucap untuk ramai-ramai bercampur muslimin dan muslimat ucapkanlah ‘saya cintakan kamu semua kerana Allah’ atau uhibbukumfillah, dan sebagainya  :D

  MOGA PERSAHABATAN KITA SEMUA DALAM REDA ALLAH.

Oleh_Tinta Hamba-Nya

Sabtu, 1 Disember 2012

Titipan Dari Hati Ke Hati


                                                          Titipan Dari Hati Ke Hati.



Tulang empat kerat itu,
Seakan tidak pernah lelah dalam berjalan,
Seperti di medan pertempuran engkau tabah dalam cabaran,
Sepasang mata yang dianugerahkan Tuhan,
Ku guna untuk memerhatikan,
Memerhatikan setiap langkah kalian,
Setiap langkah kalian dalam mencari santapan,
Setiap denyut nadi kalian dalam memberi kepuasan,
Setiap nafas kalian dalam memberi keselesaan,

Tulang empat kerat itu,
Terkadang lelah dalam perjuangan,
Namun begitu tidak pernah aku mendengar bahawa kalian mahu berhenti di pertengahan jalan,
Kalian tetap dengan pendirian menjaga amanah yang dititipkan oleh Tuhan.

Duhai ayah duhai bunda tersayang,
Ku perhatikan keringat peluhmu,
Ku melihat senyummu yang mendamaikan,
Ku melihat diri kalian sentiasa di sampingku,
Sentiasa mendamaikan,
Seperti sujud pada sepertiga malam,
Kalian  bekalkan sekebun bunga cinta buat diri ini,
Sehingga hariku berbunga cinta setiap hari.
Maafkan anakmu yang sentiasa nakal dalam kehidupan,
Maafkan anakmu yang tidak mengerti penatmu,
Maafkan anakmu yang tidak mengerti lelahmu,
Maafkan anakmu yang tidak matang dalam perjalanan sehingga membuatkan kalian terlalu risau.

 Duhai dua insan berharga dalam hidupku,
Tidak ada yang lebih aku harapka daripada kalian selain doa,
Doa kalian yang membuatkan perjalanan ku menjadi senang dengan izin-Nya.
Ketahuilah bahawa aku amat mencintai kalian kerana Allah.
Aku bukanlah anak yang sesetia seperti Fatimah puteri Rasulullah,
Aku bukanlah anak yang sepintar seperti Aisyah puteri lelaki yang paling dicintai utusan Allah,
Namun ku pohon kalian meredai perjalanan anakmu supaya DIA juga mredhaiku,
Kerna redha-Nya ke atas diriku adalah redha daripada kalian.

Buatmu ayah dan bunda,
Aku berdoa supaya Allah sentiasa meredhai setiap langkah kalian dunia dan juga akhirat.
Ku mahu bersama kalian  hingga ke akhirat sana,
Semoga kita bisa berpimpingan tangan merentas syurga Ilahi.



Anakmu_cahayapermatayangharum
Buat insan yang ku panggil ayah dan emak.
Wan Rusiah Binti Wan Ramlie dan Rosli Bn Che Cob.

Oleh_Tinta Pejuang Islam