Ahad, 4 November 2012

Dia sahabat dan kekasih



         Assalamu'alaikum...
"sahabat + kekasih ?" boleh ke ? ;)   

    “Jiwangnya ”, kata-kata ini dilontarkan oleh seorang sepupuku bilamana dia membaca mesej yang dihantar oleh seniorku  kepada aku. Aku Cuma tersenyum dan memberinya untuk membaca mesej tersebut agar dia tidak salah faham. Untuk memberi kata-kata “jiwang” tidak semestinya kepada seorang kekasih namun, pada seorang sahabat seharusnya kita bebuat demikian. Ramai di kalangan kita pada hari ini hanya tahu menyebut kawan, sahabat, dan sebagainya tetapi tidak mengerti akan makna, tujuan dalam sesebuah ikatan persahabatan itu terjalin. Atas dasar apa kita bersahabat ? Tanya diri kita.

                Dulunya saya juga tidak mengerti kenapa saya bersahabat. Tiada matlamat dan kosong. Namun, setelah mengerti akan makna sahabat itu barulah saya dapat merasai kemanisan sebuah persahabatan. Persahabatan perlu dibina hanya kerana Allah. Bermatlamatkan Allah. Sepertimana kata seorang yang saya amat kagumi saudara Hilal Asyraf katanya, keimanan adalah paksi kepada sebuah persahabatan. Bukankah indah sekiranya bersahabt kerana Allah ? Sentiasa mengajak ke arah kebaikan. Sangat indah!

                Jadi, suka untuk saya berkongsi mesej yang dihantar oleh senior saya  :
“Saat Allah MENCINTAI seseorang, tempat petama sentuhan cinta itu adalah hati. Di situlah DIA melenyapkan segala kesedihan dan putus asa, lalu digantikan dengan semangat untuk terus  memburu  cinta-NYA. Ujian yang melanda dirasakan seperti nikmat yang mencurah-curah. Syurga Allah itu MAHAL harganya. Maka, belilah ia dengan harga Mujahadah.”

Sahabat kita kekasih kita. Maka, "berjiwang-jiwanglah" dengan sahabat kita. Semoga ukuwwah fillah yang di bina mendapat reda Allah dan kekal hingga ke syurga. 

Oleh_Tinta Hamba-Nya