Selasa, 11 Februari 2014

Minta Maaf

                                                                   
                                                           
ambil dekat tumblr. ;)

"jaga2, jgn bagi orang hilang siqoh dkt awk".

ok..senyum je bila seorang kwn ckp mcm ni.
ye kan? 
terima kasih atas nasihat. 'manusia biasa' juga saya ni. tapi tak adalah nak guna alasan 'aku ni manusia biasa weh', tak lari dari buat silap. tak juga.. hehe

tentang taknak bagi org hilang siqoh(percaya) dkt saya adalah di luar kawalan saya. tidak pernah paksa untuk org siqoh dgn saya, saya bukan punya hati sebersih Nabi Muhammad s.a.w, tak ada jiwa mcm Assyahid Imam Hassan Al-Banna. tak ada iman teguh mcm para sahabat. :')
 .............

heh.
minta maaf pada semua
minta maaf sebab buat korang hilang percaya
maaf atas tindakan yang mengecewakan
Demi Tuhan Maaf sangat. 

tapi, saya tak menyesal dgn apa yang berlaku
sebab?
Tempoh tu Tuhan banyak ajar benda dekat saya.

:')

saya minta maaf.

dengan penuh cinta;
Assalamualaikum.
sayang sahabat kerana Allah. terima kasih sebab risau dekat saya. 

Wallahhu'alam. 

Selasa, 18 Jun 2013

Malam Cinta





Malam itu malam cinta
untuk seorang teruna dan dara
melepaskan segalanya yang ada
malam itu malam cinta mereka 
tak dihiraukan laknat yang bakal tiba
kerana, malam itu malam bukti cinta
hakikatnya-malam cinta itu
malam penuh tipu
syaitan bersorak keriangan
melihat anak Adam tewas dalam pelukan
membuktikan cinta penuh asyik di ranjang
malam cinta itu-
malam penuh tangisan
tangisan oleh iman
tangisan oleh jiwa yang sudah berantakan





# bila "cinta" yang tidak kenal matlamat maka "cinta: itu akan mudah ke jalan laknat.
kenallah cinta : Allah, Rasulullah , Ibubapa, sesama hamba. cintai mereka kerana Allah.
dan..kalau jatuh cinta pada seseorang, tetapkan matlamat.ikut syariat. Insyaallah selamat. 

Allah itu Maha Pengampun. <3

peringatan untuk kita :

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (surah Al-Isra : 32 )



sekian. Assalamualaikum. 

*gambar-gambar di atas diambil dari google. :)

Selasa, 14 Mei 2013

Aneh-minta kembali



                                               gambar _mazgezed.blogspot.com


Kadang aku sendiri
Berjalan merata bumi
Setiap sudutnya aku perhati
Aneh manusia2 ini
Tak sedar diri-barangkali
Aneh-
Jalan dongak kepala
Sepertinya jasad itu tak akn dihumban ke dalam tanah nanti
Aneh-aku gerun melihat
Takut nanti bila malaikat datang dekat
Tak sempat taubat
Diambilnya nyawa
Lalu-jasad pergi ketemu DIA dengan hina
Dan bila-setiap kita
Merangkak minta pulang
Heh! Mana kau ada peluang
Dulu DIA beri nikmat
Tak minta bayar
Kita suka-suka
Dari pagi merangkak ke petang
Kita asyik Senang lenang
Kita lena dengan dunia
Lupa semua
Janji untuk sujud
Tinggal kosong hilang taka ada
Tak pernah dicium dahi ke bumi
Menyombong tak sedar diri
Bagai mati taka ada
Bila pulang
Baru tahu-hakikat
Setiap kata-kata DIA benar
Tak ada dusta
Mati itu pasti
Eh, mahu pulang ?
Aku mahu
Kalian juga mahu
Eh ! mana aku tahu ?
Fitrah-mahu ketemu dengan cinta abadi. Kan ?
Tapi satu ini- aku atau kalian sendiri takkan mahu pulang dengan hina
Itu saha
Moga Tuhan pelihara kita
Kita semua
Dalam nikmat-Nya
Iman dan Islam-sempurna.


 moga kita semua dipayungi Rahmat Hidayah Allah. amin :)
kita semua akan pulang menghadap Ilahi.
maka, hidup biar beerti. 

Assalamu'alaikum. salam perjuangan.

Ahad, 5 Mei 2013

Aku.Kau.Kita




Nanti kalau kau hadir
Hadirlah sbg sayap pelengkap
Melengkapkan bahu kiri aku
Untuk nanti kita sama-sama terbang
Biar tinggi cecah awan
Sama-sama kita cari berjuta kekuatan
Dalam menempuh jalan—
Menuju Tuhan
Menuju reda Dia
Menuju syurga Dia
Akan datang Cuma kita
Cuma berdua saja
Tempuh segala
Akan datang Cuma kita
Sama-sama
Aku.Kau.Kita

#sama-sama kita cari kekuatan ya. sbelum brtemu. :)

Jumaat, 8 Mac 2013

Katakan Saja



                                                                           

katakan saja bila kau perlu
aku pasti berlari melintasi gunung-untuk kamu
katakan saja bila kau mahu--aku
aku pasti terbang dengan sayap cinta-ke arahmu
katakan saja bila kau sunyi
aku pasti datang memecah pekatnya malam-meragut sunyimu
katakan saja bila hatimu lara
aku pasti datang menadah pilumu
kerna, katakanlah-katakan saja
takkan ada lautan mahupun gunung-
yang tak sanggup aku susuri
yang tak saanggup aku lintasi
yang tak sanggup aku renangi
untuk mendakapmu kasih
maka, katakan saja
kekasih-katakan saja.

asal-sungai bilut (5/3/2013)
penaatirah


Jumaat, 22 Februari 2013

Teriak sang hati putus asa.



                                     gambar_afiziahmad.blogspot.com



Teriak sang hati putus asa.

Sang angin berlalu sepi
lembut menampar pipi
Awan juga mendung seakan memahami
Apa yang sedang dirasakan oleh sang hati--
Lalu- sang hujan turun membasah bumi
Keluar pula sang pelangi
Mewarnai bumi dengan indah
Rona warnanya seakan memberi harapan
Seakan-akan berteriak
Bangkit wahai hati !
Usah lemah begini
Tuhan tak cipta kau untuk putus asa
Tidak cipta kau untuk sia-sia
Tapi kau dicipta  untuk berbakti
Pada agama yang kau pegang erat dalam hati
Usah mati sebelum tiba masanya nanti
Moga nanti syahid di jalan Ilahi.


oleh_penaatirah






Selasa, 12 Februari 2013

Layak hati cuma pada-Nya


                                                           Layak hati cuma pada-Nya


 



Saat hati resah dan gelisah tiada siapa yang tahu
Namun,  kau punya Allah Yang Maha Mengetahui
Dia yang memiliki hati2 hamba-Nya
Maka, Dia Maha tahu akan setiap hati hamba-Nya
Lalu pada siapa harus kau mengadu jika tidak pada-Nya--
Resah dan gelisah manapun hati seorang hamba
Tatkala menghadapnya kedamaian yag luar biasa pasti akan tiba,
Kerna..,
Dia yang menciptakan sekeping hati
Dia jualah pemegang setiap hati
Dia mengetahui rahsia isi hati
Dia maha membolak balikkan hati
Jadi, serahkan saja hatimu pada Ilahi.
Kerana,
Dia pemberi ketenangan pada setiap hati
pada-Nya Rahman pada-Nya Rahim
Dia pencipta bumi--
Melakar keindahan sang matahari-- tatkala terbit mentari
Melakar panorama di waktu senja-- tatkala mentari beransur pergi
Pada-Nya saja setiap hamba di bumi layak menyerah diri
Pada-Nya jua setiap yang bernyawa akan kembali.

---------

pada siapa lagi yang layak kau serah hati-
melainkan pada Ilahi ? 
disiat kuliat dari badan
takkan mampu kau melawan
pada-Nya jua kau buat aduan.
-----

oleh_penaatirah