Titipan Dari Hati Ke Hati.
Tulang empat
kerat itu,
Seakan tidak
pernah lelah dalam berjalan,
Seperti di
medan pertempuran engkau tabah dalam cabaran,
Sepasang
mata yang dianugerahkan Tuhan,
Ku guna
untuk memerhatikan,
Memerhatikan
setiap langkah kalian,
Setiap
langkah kalian dalam mencari santapan,
Setiap
denyut nadi kalian dalam memberi kepuasan,
Setiap nafas
kalian dalam memberi keselesaan,
Tulang empat
kerat itu,
Terkadang
lelah dalam perjuangan,
Namun begitu
tidak pernah aku mendengar bahawa kalian mahu berhenti di pertengahan jalan,
Kalian tetap
dengan pendirian menjaga amanah yang dititipkan oleh Tuhan.
Duhai ayah
duhai bunda tersayang,
Ku
perhatikan keringat peluhmu,
Ku melihat
senyummu yang mendamaikan,
Ku melihat
diri kalian sentiasa di sampingku,
Sentiasa
mendamaikan,
Seperti
sujud pada sepertiga malam,
Kalian bekalkan sekebun bunga cinta buat diri ini,
Sehingga
hariku berbunga cinta setiap hari.
Maafkan
anakmu yang sentiasa nakal dalam kehidupan,
Maafkan
anakmu yang tidak mengerti penatmu,
Maafkan
anakmu yang tidak mengerti lelahmu,
Maafkan
anakmu yang tidak matang dalam perjalanan sehingga membuatkan kalian terlalu
risau.
Duhai dua insan berharga dalam hidupku,
Tidak ada
yang lebih aku harapka daripada kalian selain doa,
Doa kalian
yang membuatkan perjalanan ku menjadi senang dengan izin-Nya.
Ketahuilah
bahawa aku amat mencintai kalian kerana Allah.
Aku bukanlah
anak yang sesetia seperti Fatimah puteri Rasulullah,
Aku bukanlah
anak yang sepintar seperti Aisyah puteri lelaki yang paling dicintai utusan
Allah,
Namun ku
pohon kalian meredai perjalanan anakmu supaya DIA juga mredhaiku,
Kerna redha-Nya
ke atas diriku adalah redha daripada kalian.
Buatmu ayah
dan bunda,
Aku berdoa
supaya Allah sentiasa meredhai setiap langkah kalian dunia dan juga akhirat.
Ku mahu
bersama kalian hingga ke akhirat sana,
Semoga kita
bisa berpimpingan tangan merentas syurga Ilahi.
Anakmu_cahayapermatayangharum
Buat insan
yang ku panggil ayah dan emak.
Wan Rusiah
Binti Wan Ramlie dan Rosli Bn Che Cob.
Oleh_Tinta Pejuang Islam
.jpg)
.jpg)