Sabtu, 10 November 2012

Bangkitlah Remaja Islam



               Kita bukan remaja biasa-biasa, tapi kita remaja Islam.




                “Pemuda pemudi harapan bangsa” , ini adalah antara slogan yang acap kali diuar-uarkan bagi menunjukkan remaja pemacu kepada bangsa. Namun, malangnya muda mudi yang saya suka untuk gelarkan mereka sebagai “khalifah muda” yang ada pada hari ini seakan-akan hanyut dibuai mimpi keseronokan dunia semata-mata. Mengapa ? Adakah keadaan semasa yang mendorong mereka menjadi seperti  ini ? Muhasabah.

                Yang menulis ini juga seorang remaja. Tetapi saya tidak ingin hanya menjadi seorng remaja tetapi, saya Remaja Islam!

                Pada suatu hari saya melihat sekumpulan remaja yang sedang lepak dan bergelak ketawa dalam keadaan yang saya andaikan lagha. Bukan saya besangka buruk namun, keadaan menjadi bukti. Saya kecewa melihat mereka, kenapa ? Kerana merekalah bakal memimpin Negara suatu hari nanti. Jika mereka lalai sekarang bagaimana nasib Negara kelak ? Fikirkan.
Ayuh kita renung bersama kata-kata  Dr Yusuf al-Qaradhawi :

“Jika kamu ingin melihat masa hadapan sesuatu masyarakat, maka lihatlah remajanya pada hari ini”.

Maka, kita nilai remaja yang ada pada hari ini. Bagaimana keaadaan mereka ? Sama-sama kita fikir.

Saya seru diri sendiri jua para remaja Islam di luar sana agar sama-sama bangkit membina diri menjadi remaja hebat bersama Islam. Membina diri menjadi remaja sehebat  zaman Rasulullah s.a.w.

Mulia remaja bersama Islam.


Oleh_Tinta Hamba-Nya


Selasa, 6 November 2012

KU INGIN MEKAR BERSAMAMU



Saya ingin berkongsi sebuah coretan buat muslimah  ^^

KU INGIN MEKAR BERSAMAMU…

                Ku ingin kembang mewangi bersamamu duhai hati,

                Ku ingin menjadi indah di setiap pasangan  mata,

                Namun  aku tetap ingin indah pada pandangan-Nya,

                Ketahuilah duhai bunga nan mekar,

                Ku ingin bersama melangkah bersamamu di tanah Ilahi,

                Kerna aku tak berdaya berjalan seorang diri,

                Duhai mawar, pimpin tanganku menghadapi hari,

                Bantu aku mengorak langkah yang lebih beerti,

                Langkah menjadi seorang da’ie,

                Jalan ini kadang-kadang perit duhai sang bunga,

                Jadi sentiasa berada di sebelah aku,

                Agar aku kuat untuk menghadapi jalan ini,

                Duhai bunga dengarlah seruan hati,

                Bahawa ku ingin melangkah bersamamu,

                Dalam memikul tugas sebagai khalifah di muka bumi,

                Sepertimana yang disebut oleh Ilahi dalam kalam-Nya,

                Duhai sang bunga ayuh melangkah bersama,

                Mencari reda ilahi,

                Semoga kita sama-sama menjadi bidadari,

                Semoga kita menjadi bunga kebanggaan agama Ilahi.







#maaf kalau bahasa tidak indah dan puitis. ^_^
 Ayuh muslimah bangkit untuk ummah.

Oleh_Tinta Hamba-Nya





Isnin, 5 November 2012

Apabila Bertebaran Anak Islam.


Assalamu’alaikum…


            “Apabila bertebaran anak Islam”. Di sini suka untuk saya gunakan perkataan bertebaran, iaitu berkeliaran ataupun ada di merata tempat. Manakala, saya guna anak Islam adalah merupakan fokus utama saya tentang anak-anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah mereka iaitu Islam.

Dewasa ini, gaya hidup jahiliah seakan-akan telah meresap masuk ke dalam gaya hidup anak-anak Islam. Fenomena ini merupakan realiti pada masa kini. Mengapa ? Siapa yang harus dipersalahkan ? Anak-anak Islam itu sendiri ? Ataupun ibubapa ? Masyarakat ? Pemimpin ? Keadaan dunia yang pesat dengan pembangunan yang menyebabkan anak-anak ini senang dengan gaya hidup jahiliah ? Ayuh muhasabah.
Saya ingin berkongsi satu keadaan anak-anak Islam yang terdapat pada hari ini.

Apabila saya mengujungi tempat-tempat awam seperti tempat membeli belah, taman tema, dan sebagainya. Keadaan yang saya lihat adalah anak-anak Islam ini dalam kedaan lalai daripada hidup Islam. Pergaulan mereka bebas. Gaya pakaian mereka tidak mengikut apa yang disyariatkan. Adab seorang Islam luput dalam diri mereka. Keadaan ini sangat menyedihkan. Hambar. Kosong. Kenapa ? Sekali lagi, Muhasabah.

Realiti hari ini, bilamana melihat keadaan seperti  di atas sesetengah daripada kita akan berlagak seakan-akan tiada apa yang berlaku. Mungkin ada yang mengatakan “Ah! Peduli apa, bukan keluarga aku”. Bukan keluarga aku ? Bukan anak aku ? Bukan saudara aku ? Jadi mari kita lihat,
 
“Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w., bersabda, “Seorang mukmin adalah cermin kepada mukmin yang lain. Dan seorang mukmin adalah saudara kepada mukmin yang lain.”   
(Riwayat Abu Daud dan Al-Bukhari)

            Maka, setiap daripada kita umat Islam adalah bersaudara. Jadi, di sini saya menasihati diri saya sendiri dan anda, ayuh kita bersama menegur anak-anak Islam agar kembali kepada gaya hidup Islam. Nasihatlah mereka dengan penuh hikmah.  Agar nanti generasi hadapan akan hidup dalam suasana Islam.  Moga anak-anak Islam yang ada pada hari ini kembali kepada Islam dan mengembalikan kegemilangan Islam di muka bumi Ilahi. Insyaallah. Sama-sama kita berdoa.



Oleh_Tinta Hamba-Nya

Ahad, 4 November 2012

Dia sahabat dan kekasih



         Assalamu'alaikum...
"sahabat + kekasih ?" boleh ke ? ;)   

    “Jiwangnya ”, kata-kata ini dilontarkan oleh seorang sepupuku bilamana dia membaca mesej yang dihantar oleh seniorku  kepada aku. Aku Cuma tersenyum dan memberinya untuk membaca mesej tersebut agar dia tidak salah faham. Untuk memberi kata-kata “jiwang” tidak semestinya kepada seorang kekasih namun, pada seorang sahabat seharusnya kita bebuat demikian. Ramai di kalangan kita pada hari ini hanya tahu menyebut kawan, sahabat, dan sebagainya tetapi tidak mengerti akan makna, tujuan dalam sesebuah ikatan persahabatan itu terjalin. Atas dasar apa kita bersahabat ? Tanya diri kita.

                Dulunya saya juga tidak mengerti kenapa saya bersahabat. Tiada matlamat dan kosong. Namun, setelah mengerti akan makna sahabat itu barulah saya dapat merasai kemanisan sebuah persahabatan. Persahabatan perlu dibina hanya kerana Allah. Bermatlamatkan Allah. Sepertimana kata seorang yang saya amat kagumi saudara Hilal Asyraf katanya, keimanan adalah paksi kepada sebuah persahabatan. Bukankah indah sekiranya bersahabt kerana Allah ? Sentiasa mengajak ke arah kebaikan. Sangat indah!

                Jadi, suka untuk saya berkongsi mesej yang dihantar oleh senior saya  :
“Saat Allah MENCINTAI seseorang, tempat petama sentuhan cinta itu adalah hati. Di situlah DIA melenyapkan segala kesedihan dan putus asa, lalu digantikan dengan semangat untuk terus  memburu  cinta-NYA. Ujian yang melanda dirasakan seperti nikmat yang mencurah-curah. Syurga Allah itu MAHAL harganya. Maka, belilah ia dengan harga Mujahadah.”

Sahabat kita kekasih kita. Maka, "berjiwang-jiwanglah" dengan sahabat kita. Semoga ukuwwah fillah yang di bina mendapat reda Allah dan kekal hingga ke syurga. 

Oleh_Tinta Hamba-Nya