Selasa, 18 Jun 2013

Malam Cinta





Malam itu malam cinta
untuk seorang teruna dan dara
melepaskan segalanya yang ada
malam itu malam cinta mereka 
tak dihiraukan laknat yang bakal tiba
kerana, malam itu malam bukti cinta
hakikatnya-malam cinta itu
malam penuh tipu
syaitan bersorak keriangan
melihat anak Adam tewas dalam pelukan
membuktikan cinta penuh asyik di ranjang
malam cinta itu-
malam penuh tangisan
tangisan oleh iman
tangisan oleh jiwa yang sudah berantakan





# bila "cinta" yang tidak kenal matlamat maka "cinta: itu akan mudah ke jalan laknat.
kenallah cinta : Allah, Rasulullah , Ibubapa, sesama hamba. cintai mereka kerana Allah.
dan..kalau jatuh cinta pada seseorang, tetapkan matlamat.ikut syariat. Insyaallah selamat. 

Allah itu Maha Pengampun. <3

peringatan untuk kita :

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. (surah Al-Isra : 32 )



sekian. Assalamualaikum. 

*gambar-gambar di atas diambil dari google. :)

Selasa, 14 Mei 2013

Aneh-minta kembali



                                               gambar _mazgezed.blogspot.com


Kadang aku sendiri
Berjalan merata bumi
Setiap sudutnya aku perhati
Aneh manusia2 ini
Tak sedar diri-barangkali
Aneh-
Jalan dongak kepala
Sepertinya jasad itu tak akn dihumban ke dalam tanah nanti
Aneh-aku gerun melihat
Takut nanti bila malaikat datang dekat
Tak sempat taubat
Diambilnya nyawa
Lalu-jasad pergi ketemu DIA dengan hina
Dan bila-setiap kita
Merangkak minta pulang
Heh! Mana kau ada peluang
Dulu DIA beri nikmat
Tak minta bayar
Kita suka-suka
Dari pagi merangkak ke petang
Kita asyik Senang lenang
Kita lena dengan dunia
Lupa semua
Janji untuk sujud
Tinggal kosong hilang taka ada
Tak pernah dicium dahi ke bumi
Menyombong tak sedar diri
Bagai mati taka ada
Bila pulang
Baru tahu-hakikat
Setiap kata-kata DIA benar
Tak ada dusta
Mati itu pasti
Eh, mahu pulang ?
Aku mahu
Kalian juga mahu
Eh ! mana aku tahu ?
Fitrah-mahu ketemu dengan cinta abadi. Kan ?
Tapi satu ini- aku atau kalian sendiri takkan mahu pulang dengan hina
Itu saha
Moga Tuhan pelihara kita
Kita semua
Dalam nikmat-Nya
Iman dan Islam-sempurna.


 moga kita semua dipayungi Rahmat Hidayah Allah. amin :)
kita semua akan pulang menghadap Ilahi.
maka, hidup biar beerti. 

Assalamu'alaikum. salam perjuangan.

Ahad, 5 Mei 2013

Aku.Kau.Kita




Nanti kalau kau hadir
Hadirlah sbg sayap pelengkap
Melengkapkan bahu kiri aku
Untuk nanti kita sama-sama terbang
Biar tinggi cecah awan
Sama-sama kita cari berjuta kekuatan
Dalam menempuh jalan—
Menuju Tuhan
Menuju reda Dia
Menuju syurga Dia
Akan datang Cuma kita
Cuma berdua saja
Tempuh segala
Akan datang Cuma kita
Sama-sama
Aku.Kau.Kita

#sama-sama kita cari kekuatan ya. sbelum brtemu. :)

Jumaat, 8 Mac 2013

Katakan Saja



                                                                           

katakan saja bila kau perlu
aku pasti berlari melintasi gunung-untuk kamu
katakan saja bila kau mahu--aku
aku pasti terbang dengan sayap cinta-ke arahmu
katakan saja bila kau sunyi
aku pasti datang memecah pekatnya malam-meragut sunyimu
katakan saja bila hatimu lara
aku pasti datang menadah pilumu
kerna, katakanlah-katakan saja
takkan ada lautan mahupun gunung-
yang tak sanggup aku susuri
yang tak saanggup aku lintasi
yang tak sanggup aku renangi
untuk mendakapmu kasih
maka, katakan saja
kekasih-katakan saja.

asal-sungai bilut (5/3/2013)
penaatirah


Jumaat, 22 Februari 2013

Teriak sang hati putus asa.



                                     gambar_afiziahmad.blogspot.com



Teriak sang hati putus asa.

Sang angin berlalu sepi
lembut menampar pipi
Awan juga mendung seakan memahami
Apa yang sedang dirasakan oleh sang hati--
Lalu- sang hujan turun membasah bumi
Keluar pula sang pelangi
Mewarnai bumi dengan indah
Rona warnanya seakan memberi harapan
Seakan-akan berteriak
Bangkit wahai hati !
Usah lemah begini
Tuhan tak cipta kau untuk putus asa
Tidak cipta kau untuk sia-sia
Tapi kau dicipta  untuk berbakti
Pada agama yang kau pegang erat dalam hati
Usah mati sebelum tiba masanya nanti
Moga nanti syahid di jalan Ilahi.


oleh_penaatirah






Selasa, 12 Februari 2013

Layak hati cuma pada-Nya


                                                           Layak hati cuma pada-Nya


 



Saat hati resah dan gelisah tiada siapa yang tahu
Namun,  kau punya Allah Yang Maha Mengetahui
Dia yang memiliki hati2 hamba-Nya
Maka, Dia Maha tahu akan setiap hati hamba-Nya
Lalu pada siapa harus kau mengadu jika tidak pada-Nya--
Resah dan gelisah manapun hati seorang hamba
Tatkala menghadapnya kedamaian yag luar biasa pasti akan tiba,
Kerna..,
Dia yang menciptakan sekeping hati
Dia jualah pemegang setiap hati
Dia mengetahui rahsia isi hati
Dia maha membolak balikkan hati
Jadi, serahkan saja hatimu pada Ilahi.
Kerana,
Dia pemberi ketenangan pada setiap hati
pada-Nya Rahman pada-Nya Rahim
Dia pencipta bumi--
Melakar keindahan sang matahari-- tatkala terbit mentari
Melakar panorama di waktu senja-- tatkala mentari beransur pergi
Pada-Nya saja setiap hamba di bumi layak menyerah diri
Pada-Nya jua setiap yang bernyawa akan kembali.

---------

pada siapa lagi yang layak kau serah hati-
melainkan pada Ilahi ? 
disiat kuliat dari badan
takkan mampu kau melawan
pada-Nya jua kau buat aduan.
-----

oleh_penaatirah

Cuma pada-Nya


                                                                  Cuma pada-Nya




ada datang dan bertanya padaku.
begiti dan begini.
sampai aku pening sendiri
tapi aku pegang ini
banyak manapun dosa aku yang lalu. mahupun yang akan datang
tugasku hanya meminta pengampunan
daripada tuhan.

----------

banyak manusia yang takut tatkala memikirkan dosa
tapi,
Dia itu Maha Pengampun. 
tak aku guna sifat pengampun-Nya
sebagai alasan untuk berbuat dosa
lalu kembali sujud minta ampun
tapi memang Dia--
tak mencela hamba yang berdosa
tapi disuruh minta ampun dan pastinya diterima
semestinya- 
sebelum kiamat tiba-
sudah dikata Maha Mendengar tiap masa
maka disuruh rintih apa saja
pergilah wahai hamba
pada tuhanumu yang Maha Esa

--------
jangan diulang dosa yang lepas setelah meminta belas.
belas pengampunan--
daripada Allah yang satu.
dan-- tetap pada Dia aku akan kembali menghadap.

oleh_penaatirah

Khamis, 31 Januari 2013

JADI MANUSIA ITU JANGAN SUKA MENGHUKUM






Jangan fikir manusia sekililing bisa mengerti kondisi hatimu.
mereka bukan tuhan untuk tahu semua.
melainkan Allah.
kerna DIA tuhan yang Maha Mengetahui.


Demi tuhan.
Aku tak berani minta lebih.
Daripada sesiapa pun kerna mereka bukan tuhan.
Buat apa minta begitu dan begini ?
Sedangkan sendiri tahu mereka tidak mampu--
Tapi ajar diri untuk memberi.
Bukan untuk meminta seringkali.
Ajar diri untuk memahami.
Bukan untuk terus menghukum setiap kali.
----------------------------------------------------
Tapi manusia.
Lebih suka untuk--
Meminta setiap saat.
Menghukum setiap waktu.
Setitis Cuma kesalahan yang dibuat.
Caciannya ibarat kesalahan itu sebanyak air dari tujuh lautan.
----------
Jadi manusia itu jangan suka menghukum.
Oleh_penaatirah

Sabtu, 5 Januari 2013

Jendela Dan Air Mata.



Jendela Dan Air Mata.

Aku merenung ke luar jendela,
Hujan turun selari dengan air mata,
Aku..tetap menanti. Ya. Tetap menanti.
Meskipun aku tahu yang dinanti entah akan muncul atau tidak,
Entah masih ada atau tidak.
Dan malam pun  menunjukkan rupa,
Aku masih bertemankan air mata,
Pedih. Masih menusuk dalam hati,
Sakit. Masih berbaki,
Dan Tuhan menjadi saksi  atas segala keperitan itu,
Dendam yang aku buang jauh je dalam dasar hati.

Oleh_penaatirah




Aku Dan Kalian.



Assalamu'alaikum.. 

Aku sedih + agk trkejut bilamana 'tengok' satu gmbr dkt fb. jdi, terhasillah ini..
'Aku Dan Kalian'.

Aku pun tak betul
Tapi takkan untuk kalian pun aku mahu jadi ‘makin’ tak betul ?
Maka aku fikir,
Jahil agama pergi belajar. Bukan duduk Cuma. Berdiam saja.
Dan, pandai dunia tapi tinggal akhirat itu salah.
‘ilmu’ tanpa iman apa guna ? ibarat tin kosong. Seperti pokok tanpa akar.
Seperti layang-layang tanpa tali.
Eh, aku mahu kanan untuk kalian. Tapi aku tahu kalian suka kiri.
Aku mahu lurus untuk kalian. Tapi kalian lebih suka bengkok. Kenapa ?
Aku cuba untuk menyuluh sedikit cahaya untuk kalian. Tapi kalian padam cahaya itu.
Kenapa ?  Sebab tak seronok ?
Intan.. kau belum cuba. Kau tak buat apa-apa. Cuma omong kosong.
Jadi, tunggu aku. Tunggu. Cuma itu yang aku mohon.
Doakan aku panjang umur. Supaya kita sama-sama cari kanan.
Kita sama-sama pergi kepada yang lurus.
Supaya kita sama-sama ‘masuk’ ke dalam cahaya itu.
Jadi, setelah itu aku lega. Mungkin tidak banyak tapi bukankah usaha itu penting.
----------------------------------------------------------
kepada 'kalian' yang aku rindu untuk pergi jenguk.
kepada 'kalian' yang aku cinta sejak korang wujud.
ya. sebab cinta dan rindu itu. cuma saja.
---------------------------------------------------------
'Dan bertakwalah kpd Allah; Allah mengajarmu'
Al-Baqarah:282

Oleh_penaatirah