gambar _mazgezed.blogspot.com
Kadang aku sendiri
Berjalan merata bumi
Setiap sudutnya aku perhati
Aneh manusia2 ini
Tak sedar diri-barangkali
Aneh-
Jalan dongak kepala
Sepertinya jasad itu tak akn dihumban ke dalam tanah nanti
Aneh-aku gerun melihat
Takut nanti bila malaikat datang dekat
Tak sempat taubat
Diambilnya nyawa
Lalu-jasad pergi ketemu DIA dengan hina
Dan bila-setiap kita
Merangkak minta pulang
Heh! Mana kau ada peluang
Dulu DIA beri nikmat
Tak minta bayar
Kita suka-suka
Dari pagi merangkak ke petang
Kita asyik Senang lenang
Kita lena dengan dunia
Lupa semua
Janji untuk sujud
Tinggal kosong hilang taka ada
Tak pernah dicium dahi ke bumi
Menyombong tak sedar diri
Bagai mati taka ada
Bila pulang
Baru tahu-hakikat
Setiap kata-kata DIA benar
Tak ada dusta
Mati itu pasti
Eh, mahu pulang ?
Aku mahu
Kalian juga mahu
Eh ! mana aku tahu ?
Fitrah-mahu ketemu dengan cinta abadi. Kan ?
Tapi satu ini- aku atau kalian sendiri takkan mahu pulang
dengan hina
Itu saha
Moga Tuhan pelihara kita
Kita semua
Dalam nikmat-Nya
Iman dan Islam-sempurna.
moga kita semua dipayungi Rahmat Hidayah Allah. amin :)
kita semua akan pulang menghadap Ilahi.
maka, hidup biar beerti.
Assalamu'alaikum. salam perjuangan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan