Assalamu'alaikum...
"sahabat + kekasih ?" boleh ke ? ;)
“Jiwangnya
”, kata-kata ini dilontarkan oleh seorang sepupuku bilamana dia membaca mesej
yang dihantar oleh seniorku kepada aku.
Aku Cuma tersenyum dan memberinya untuk membaca mesej tersebut agar dia tidak
salah faham. Untuk memberi kata-kata “jiwang” tidak semestinya kepada seorang
kekasih namun, pada seorang sahabat seharusnya kita bebuat demikian. Ramai di
kalangan kita pada hari ini hanya tahu menyebut kawan, sahabat, dan sebagainya
tetapi tidak mengerti akan makna, tujuan dalam sesebuah ikatan persahabatan itu
terjalin. Atas dasar apa kita bersahabat ? Tanya diri kita.
Dulunya
saya juga tidak mengerti kenapa saya bersahabat. Tiada matlamat dan kosong.
Namun, setelah mengerti akan makna sahabat itu barulah saya dapat merasai
kemanisan sebuah persahabatan. Persahabatan perlu dibina hanya kerana Allah.
Bermatlamatkan Allah. Sepertimana kata seorang yang saya amat kagumi saudara
Hilal Asyraf katanya, keimanan adalah paksi kepada sebuah persahabatan. Bukankah
indah sekiranya bersahabt kerana Allah ? Sentiasa mengajak ke arah kebaikan.
Sangat indah!
Jadi,
suka untuk saya berkongsi mesej yang dihantar oleh senior saya :
“Saat Allah MENCINTAI
seseorang, tempat petama sentuhan cinta itu adalah hati. Di situlah DIA
melenyapkan segala kesedihan dan putus asa, lalu digantikan dengan semangat
untuk terus memburu cinta-NYA. Ujian yang melanda dirasakan
seperti nikmat yang mencurah-curah. Syurga Allah itu MAHAL harganya. Maka,
belilah ia dengan harga Mujahadah.”
Sahabat kita kekasih kita. Maka, "berjiwang-jiwanglah" dengan sahabat kita. Semoga ukuwwah fillah yang di bina
mendapat reda Allah dan kekal hingga ke syurga.
Oleh_Tinta Hamba-Nya
Oleh_Tinta Hamba-Nya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan