Assalamu'alaikum..
Aku sedih + agk trkejut bilamana 'tengok' satu gmbr dkt fb. jdi, terhasillah ini..
'Aku Dan Kalian'.
Aku pun tak betul
Tapi takkan untuk kalian pun aku
mahu jadi ‘makin’ tak betul ?
Maka aku fikir,
Jahil agama pergi belajar. Bukan
duduk Cuma. Berdiam saja.
Dan, pandai dunia tapi tinggal
akhirat itu salah.
‘ilmu’ tanpa iman apa guna ?
ibarat tin kosong. Seperti pokok tanpa akar.
Seperti layang-layang tanpa tali.
Eh, aku mahu kanan untuk kalian.
Tapi aku tahu kalian suka kiri.
Aku mahu lurus untuk kalian. Tapi
kalian lebih suka bengkok. Kenapa ?
Aku cuba untuk menyuluh sedikit
cahaya untuk kalian. Tapi kalian padam cahaya itu.
Kenapa ? Sebab tak seronok ?
Intan.. kau belum cuba. Kau tak
buat apa-apa. Cuma omong kosong.
Jadi, tunggu aku. Tunggu. Cuma
itu yang aku mohon.
Doakan aku panjang umur. Supaya
kita sama-sama cari kanan.
Kita sama-sama pergi kepada yang
lurus.
Supaya kita sama-sama ‘masuk’ ke
dalam cahaya itu.
Jadi, setelah itu aku lega.
Mungkin tidak banyak tapi bukankah usaha itu penting.
----------------------------------------------------------
kepada 'kalian' yang aku rindu untuk pergi jenguk.
kepada 'kalian' yang aku cinta sejak korang wujud.
ya. sebab cinta dan rindu itu. cuma saja.
---------------------------------------------------------
'Dan bertakwalah kpd Allah; Allah mengajarmu'
Al-Baqarah:282
Oleh_penaatirah
Oleh_penaatirah

best.
BalasPadamsyukran.
BalasPadam