Isnin, 5 November 2012

Apabila Bertebaran Anak Islam.


Assalamu’alaikum…


            “Apabila bertebaran anak Islam”. Di sini suka untuk saya gunakan perkataan bertebaran, iaitu berkeliaran ataupun ada di merata tempat. Manakala, saya guna anak Islam adalah merupakan fokus utama saya tentang anak-anak yang dilahirkan dalam keadaan fitrah mereka iaitu Islam.

Dewasa ini, gaya hidup jahiliah seakan-akan telah meresap masuk ke dalam gaya hidup anak-anak Islam. Fenomena ini merupakan realiti pada masa kini. Mengapa ? Siapa yang harus dipersalahkan ? Anak-anak Islam itu sendiri ? Ataupun ibubapa ? Masyarakat ? Pemimpin ? Keadaan dunia yang pesat dengan pembangunan yang menyebabkan anak-anak ini senang dengan gaya hidup jahiliah ? Ayuh muhasabah.
Saya ingin berkongsi satu keadaan anak-anak Islam yang terdapat pada hari ini.

Apabila saya mengujungi tempat-tempat awam seperti tempat membeli belah, taman tema, dan sebagainya. Keadaan yang saya lihat adalah anak-anak Islam ini dalam kedaan lalai daripada hidup Islam. Pergaulan mereka bebas. Gaya pakaian mereka tidak mengikut apa yang disyariatkan. Adab seorang Islam luput dalam diri mereka. Keadaan ini sangat menyedihkan. Hambar. Kosong. Kenapa ? Sekali lagi, Muhasabah.

Realiti hari ini, bilamana melihat keadaan seperti  di atas sesetengah daripada kita akan berlagak seakan-akan tiada apa yang berlaku. Mungkin ada yang mengatakan “Ah! Peduli apa, bukan keluarga aku”. Bukan keluarga aku ? Bukan anak aku ? Bukan saudara aku ? Jadi mari kita lihat,
 
“Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w., bersabda, “Seorang mukmin adalah cermin kepada mukmin yang lain. Dan seorang mukmin adalah saudara kepada mukmin yang lain.”   
(Riwayat Abu Daud dan Al-Bukhari)

            Maka, setiap daripada kita umat Islam adalah bersaudara. Jadi, di sini saya menasihati diri saya sendiri dan anda, ayuh kita bersama menegur anak-anak Islam agar kembali kepada gaya hidup Islam. Nasihatlah mereka dengan penuh hikmah.  Agar nanti generasi hadapan akan hidup dalam suasana Islam.  Moga anak-anak Islam yang ada pada hari ini kembali kepada Islam dan mengembalikan kegemilangan Islam di muka bumi Ilahi. Insyaallah. Sama-sama kita berdoa.



Oleh_Tinta Hamba-Nya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan